Sunday, 19 June 2011

bahagiakanlah hidupmu dihari ini.

coretan ini bukan bermakna saya terlalu bagus untuk berkata2 tp hati ini inginkan sesuatu yang bermakna..biarlah bermula disini agar saya dapat memberi ingatan juga pada hati saya supaya menjadi bersih dan menjadi bahagia.


"mereka tidak mengira bahawa sesudah kebaikan ada keburukan dan mereka tidak mengira bahawa keburukan itu merupakan kepastian yang tidak dapat ditawar-tawar lagi"

    Seseorang yang telah mencapai kebahagiaan berkata "hari yang indah adalah hari dimana kita menguasai dunia dan ia tidak menguasai kita .ia adalah hari dimana kita dpt mengendalikan syahwat dan kesenangan serta kita tidak pernah tunduk kepadanya baik secara terpaksa atau sukarela.
    Diantara hari-hari yang aku igt dan tidak aku lupakan ialah hari2 ketika aku menguasai diriku dan keluar dari ujian keraguan terhadap perkara2 yang aku mampu atau tidak mampu,adalah hari yang sgt indah bagiku.
betapa indahnya hari itu saat aku terumbang ambing diantara pujian  orang lain dan pekerjaan yang tiada seorang pun menanggapinya dengan pujian atau mahu tahu dengannya. makaku tepiskan semua pujian itu dan aku merasa puas dengan pekerjaan yang selalu aku ingat sepanjang hidupku tanpa ada seotang pun mengetahuinya.
   Keindahan hari tersebut adalah dimana aku harus memilih antara poketku yang penuh dengan lembaran wang ,tetapi hati nuraniku kosong dari kemuliaan dan kehormatan. lebih baik aku putuskan untuk bertangan kosong daripada hati nuraniku menjadi hampa.
   Hari2 itu memang indah.dan yang terindah sekali adalah ketika aku menerima bahagianku yang sangat sedikit, kecuali perkara yang berkaitan dengan kesedaranku tentang kemampuanku dalam mengendalikan diri untuk menangani pekerjaanku.perkara itu bererti aku harus bersyukur kepada ALLAH kerana bererti aku masih dapat berbuat banyak perkara.

ayat2 ini saya ambil dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia.saya cuba mendalami maksud tulisan diatas....hari ke hari saya memikirkan dimana silapnya diri saya...moga2 saya mendapat petunjuk dari NYA.amin..

No comments:

Post a Comment